Dec 15, 2008

Video minggu ini Vol. 2



Pada sesapa yang tak kenal mamat ni, beliau adalah Dallas Green. Penyanyi dan gitaris band alexisonfire. Sebuah band punk dari Canada. Ada orang cakap musik alexisonfire, punk metal, screamo dan pelbagai lagi. Aku malas nak amik tahu. Ini side project dia, City and Colour. Sebuah kugiran solo yang lari jauh dari jenis musik alexisonfire. City and Colour pada aku musik dan lirik nya sangat cantik. Omputeh kata, beautiful. Orang melayu cakap, makan dalam. Tak percaya? Pergi cari album City and Colour. Aku pasti korang takkan nyesal. Tapi kalau sesapa yang kronik depression tu, especially bab cinta, jauhkan diri dari musik beliau. Hahahahahaha...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home