Sep 8, 2008

Anjing dan kucing

Beberapa hari di Kuala Lumpur di temani oleh hujan yang tak berhenti turun. Buat seketika aku terasa cam aku kat London. Basah, hujan tak berhenti dan sejuk. Kat area rumah aku ni, kalau hujan memang sejuk. Aku yang gilakan cuaca sejuk pun tak tahan ngan kesejukan hujung minggu. Sejuk sungguh.

Hari Jumaat lepas juga aku telah pergi menonton wayang sebelum solat Jumaat. Kali ini aku bersama Amin. Dah takde cerita menarik nak nonton, kami gagahkan diri untuk tonton Death Race. John Statham yang macho menjadi watak utama cerita BODOH ini. Ya rakan-rakanku, ceritanya sangat bodoh! Aku tak pernah menonton movie yang sangat ganas dengan ramai manusia terbunuh cara kejam dan berjaya membuat aku ketawa dengan cara mereka mati. Sungguh kelakar. Terasa diriku sangat bodoh menonton wayang itu.

Sekian.

Labels: ,

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Aku pun malu nak ngaku aku nengok citer ntah apa-apa tu. Sungguh aib rasa diriku ini.

September 9, 2008 at 4:43 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home